assalamualaikum,
Dah masuk lima tahun sy meninggalkan sekolah rendah;SK Pengkalan Jaya, banyak memori yang tak dapat dilupakan bersama kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Tambahan kami pelajar pertama menduduki peperiksaan UPSR di sekolah tersebut dan mempuyai sifat kenakalan yang agak terserlah. (hehe), mungkin sebab itulah kami agak terkenal dikalangan guru-guru yang mengajar. (terkenal ke-perasaan) Disitulah bermulanya sy mengenal erti persahabatan dan persahabatan tersebut kukuh hingga saat ini kerana sering berhubung antara satu sama lain. Disitu juga mula terbentuknya team work apabila kami selalu diberikan tugasan oleh guru untuk melakukan kerja bersama kawan-kawan yang lain.
Alhamdulillah, berkat doa ibubapa dan guru-guru, aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan melangkah ke alam sekolah menengah yang penuh dengan cabaran. (SMK Dato Onn, seterusnya ke SMK Tun Hussein Onn)
Hari ni, sekali lagi sy dan kawan2 (mazuin, athirah, murni, syaerah, husnul khotimah) menjejakkan kaki ke sekolah rendah tersebut, tidak banyak yang berubah, terbayang memori2 indah bersama kawan-kawan dan guru-guru. Kami membawa buah tangan, (takkan nak bawak diri je.. huhuhu) . Alhamdulillah, setelah 5 tahun berlalu, cikgu2 still ingat my name... begitu juga my friends' name. Tapi.. cikgu-cikgu kami mcm banyak berubah.. ramai yang kurang berjenaka seperti dulu.. ~~ sedih.. huhu..
Growing Scallion From Sprouted Bulbs
10 years ago
2 comments:
January 17, 2009 at 3:04 PM
oo hg dr dato onn ka dulu..?
January 17, 2009 at 8:59 PM
yup! awal bulan je duk ctu..msa f1 (2months) pastu.. tak shuka.. kuar ar.. hoho..
Post a Comment