Selamat Hari Raya Aidilfitri




Hari ini ialah 1 December 2008 bersamaan 1 Syawal dan merupakan hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bermaksud kita kembali (aidil) kepada fitrah (fitri) selepas dosa-dosa kita yang lalu dihapuskan setelah melakukan ibadah puasa yang diwajibkan semasa bulan Ramadhan selama sebulan yang mempunyai pahala berlipat kali ganda daripada bulan-bulan biasa.


Bulan Syawal juga terdapat amalan berpuasa iaitu puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal yang amat besar ganjarannya. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”


p/s:

teruskan berpuasa dan semoga kita sama-sama mendapat keredhaan-Nya dan ganjaran pahala daripada-Nya!




0 comments: